....

Tuesday, November 26, 2013

Sudah menutup auratkah kita ?

Assalamualaikum !
hm test test test. Apa khabar semua ? harap semua yg tengah baca ni dalam keadaan yg sihat ,and kalau yg tak berapa nk sihat tu . Semoga diberi kesembuhan terhadap penyakit yg awok hadapi tu. Sabar ek, sakit itu kafarah dosa :)
Nak cerita apa pun aku taktahu. so, apa apa yg aku nak cerita tu, sila lah kome kome baca ekk.
Sekarang AGAK ramai yg menganggap 'mereka' dah pakai tudung atas dada, pakai baju lengan panjang yg ketat kiranya dah MENUTUP AURAT. Girls ! it's not we call MENUTUP AURAT. it is just MEMBALUT AURAT . Kan?
Yang dikatakan menutup aurat tu. Pakai tudung bawah dada(TAK JARANG) , Pakai baju Labuh kalau boleh bawah pinggul(TAK KETAT) , Pakai seluar panjang (TAK IKUT BENTUK KAKI), dan jangan lupa pakai STOKIN kaki sebab kaki kita ni pun aurat ,sayang... kalau boleh pakai jugak HANDSOCK, sbb kadang kadang kita ni terlebih aktif. tak sedar tiba tiba lengan ni dah terselak. So kalau kita pakai handsock, adalah cover lengan kita ni kan :)))) Islam itu sangat menjaga kaum wanita .
Bukan nak kata , aku dah sempurna dalam bab menutup aurat ni. NOPE . Kadang kadang aku pun tersilap.
So,kalau korang nampak aku pakai pakaian yg kurang piawaian menutup aurat, harap kome kome tegurlah ye...Kadang kadang 'mereka' ni taktahupun yg dikatakan menutup aurat tu macam mana. Tapi kita yg tahu ni, kenalah bagitau diorang. Post dekat twitter,fb,blog etc. dah terlebih banyak sangat lah media social yg boleh kita gunakan utk Menyebarkan Kebaikan. Tak salah. Yg salah nya gunakan media social utk berkenalan dgn ajnabi. or wtv. Hm, so sebelum kitasemua keluar rumah rajin rajin kanlah diri tu tengok cermin. Eh jap. tapi kita perempuan. MUSTAHIL nak keluar rumah tak tengok cermin dulu kan? Macam takpercaya je ... Keluar rumah tanpa tengok cermin waima 5saat. Mesti ada kan ? Eleh .. Ada lah tu ! Kita tengok cermin, tanya kat diri sendiri "Aku pakai baju ni agak agak dapat redha ALLAH tak" Cuba tanya diri sendiri. Check balik apa yg kita pakai. Longgar ke ketat ? Jarang ke tebal? And last but not lease, nak ikut trend tu boleh. Tapi ikut mana yg betul je la, Yang ikut syariat. Jangan tabarruj sgt dalam berpakaian. Nnt , mata lelaki ni ikut je badan awak yg cantik tu. Takut mereka ada niat takbaik? Kan kita yg susah. So, beware! And, toksah lah dok sembur minyak wangi sampai 500ml kat badan awok tu. Just mandi dgn sabun, CUKUP. Please, jangan sembur banyak sgt. Takat nak tutup bau badan tu boleh la. Tapi jgn lah melebih lebih. Kaum Hawa yg kusayang, jaga diri kalian ... Kalian sangatlah berharga. Mawar Berduri ! Tajamkan lagi durimu... Hanya yg berhak sahaja dapat menikmati keindahanmu. Mahalkan dirimu sayang ....
"Tutup aurat supaya selamat Dunya dan Akhirat" Wallahua'lam....

"Dalam Islam kecantikan tidak diukur pada kecantikan wajah. Sebab apabila usia meningkat, semuanya akan berkedut,reput dan mengecut. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati. Kecantikan sejati terletak pada keelokan adab dan budi pekerti" -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Segala kekurangan atau kesalahan. Harap ditegur dgn baik. Maaf atas semuanya:)
Assalamualaikum ...




No comments:

Post a Comment